Topik

Kerjaya Dalam Bidang Fotografi

Pusat Pengajian:

Anda yang berminat menceburi senifoto sebagai kerjaya boleh mendalami ilmu di beberapa Institusi Pengajian/Latihan di dalam negara.

  1. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor telah lama menyediakan program senifoto sebagai bidang pengajian sejak dulu lagi dengan menawarkan Diploma Photography. Kini difaham telah mewujudkan program ijazah. Tawaran biasanya ditawarkan dalam akhbar tempatan dan laman web universiti tersebut setiap musim pengambilan siswa/i.
  2. Institut Kemahiran Belia di Kuala Langat Selangor, Seri Iskandar Perak, Kemasik Terengganu menyediakan Kursus Senifoto pada peringkat sijil dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sehingga bertaraf diploma. Keutamaan untuk belia yang aktif dalam kegiatan persatuan/kelab belia. Untuk rujukan sila hubungi pejabat belia daerah atau negeri anda. Malah iklan juga dibuat dalam laman web Kementerian Belia.


Disamping itu terdapat kursus pilihan di IPTA/IPTS contohnya menawarkan kursus peringkat penuh dan elektif, ko-korikulum kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus wajib. Maksudnya anda perlu mendaftar sebagai pelajar mana-mana IPTA sebelum memilih kursus ini.


Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Citra menawarkan kursus senifoto selama 2 semester.

Universiti-universiti lain juga menawarkan kursus senifoto dibawah program kursus keseniannya. Contoh USM, UNIMAS.


Terdapat beberapa kolej swasta menawarkan kursus senifoto. Anda boleh melihat iklan-iklan dalam media cetak atau laman web.

Menariknya waktu ini telah wujud beberapa orang profesional yang menganjurkan bengkel-bengkel jangka pendek. Terdapat beberapa kelab, organisasi yang menganjurkan bengkel-bengkel fotografi.

Sila daftar menjadi rakan Facebook saya di alamat di bawah