Nota

Mengenali Filem

camera with 35 mm film on white background
Gambar dari: https://www.123rf.com/photo_12018071_rolls-of-kodak-film.html

Walaupun ramai karyawan foto telah tidak menggunakan filem sebagai media merakam gambar kerana lebih selesa merakamkan gambar dengan kamera Digital. Malah ada yang lebih suka merakam gambar dengan kamera telefon pintar. Nota ini diterbitkan sebagai pengetahuan bagi anda yang berminat mengetahui tentang filem.

Filem berperanan merakamkan objek yang diperlukan. Filem yang dibuat dari Geletin dan dilapiskan dengan Bromide Perak (Silver Bromide) menjadi terlalu sensitif dengan cahaya. Filem tidak boleh didedahkan pada cahaya, ia akan exposer jika didedahkan.

Filem dikeluarkan dalam beberapa ukuran. Antaranya 16mm, 35mm, 6×6. Filem keping. Namun yang popular di pasaran ialah 35mm yang dikenali sebagai 135mm. Namun filem 6×6 yang dikenali 120mm masih digunakan di studio-studio professional.

Jenis-jenis Filem:

Filem dibahagikan kepada tiga.

Panchromatic, Othochromatic, Infrared.

  1. Panchromatic – Sensitif pada semua warna/cahaya.
    Filem ini ialah filem yang digunakan secara meluas. Filem ini dipecahkan kepada dua pula iaitu filem Daylight dan Tungsten.Filem Daylight – Ialah filem warna (print dan slaid) yang hanya sesuai untuk cahaya matahari.
  1. Filem Tungsten- Filem yang digunakan untuk cahaya tungsten sahaja (Filem Slaid).
    Filem Panchromatic dikeluarkan dalam dua kegunaan. Ada filem untuk dijadikan Photoprint dan sejenis lagi ialah Filem Slaid.Dalam perkembangan teknologi yang pesat ini, filem berkembang dengan cepat sekali dimana dengan mengeluarkan filem proses tanpa bilik gelap yang dinamakan Instant Foto dari Jenama Polaroid.
  2. Othochromatic – Tidak sensitif pada semua cahaya. Filem ini tidak sensitif dengan cahaya merah dan biru. Filem ini digunakan dalam kerja-kerja grafik, percetakan. Filem ini hanya mengeluarkan kesan contrast dan bila dicetak boleh menghasilkan imej garisan.
  3. Infrared- Sensitif pada semua cahaya walaupun cahayanya rendah. Filem ini adalah filem istimewa yang tidak dipasarkan secara meluas atas kepentingan keselamatan. Ia boleh diperolehi hanya dengan memohon permit untuk kegunaan penyelidikan saintifik dan kerja-kerja keselamatan negara.


Ukuran Filem:

Gambar dari: https://www.123rf.com/photo_12018071_rolls-of-kodak-film.html
  1. Filem 16mm banyak digunakan untuk tayangan di pawagam
  2. Filem 35mm digunakan juga di pawagam. Tapi lebih banyak digunakan oleh amatur photographer/professional. Ia lebih sesuai dengan kamera SLR
  3. Filem 4×5, 6×6, 6×7, 6×8, 8×10, (120/220 mm) merupakan filem yang luas penggunaannya dalam fotografi perdagangan yang sering digunakan juga dalam kerja-kerja Studio. Perbezaan ukuran frame filem tertakluk format kotak filem pada Kamera View
  4. Filem keping digunakan dalam proses percetakan, kerja-kerja grafik, X Ray

 ISO (International Standard Organization):

ISO/ASA ialah tanda berdaftar tentang kuasa filem. Emulsion filem ditentukan dengan tanda pengenalan ISO pada filem yang dibeli.


ISO ditandakan dengan angka-angka: ISO 25,64,100,200,400. Lebih tinggi angkanya bermakna lebih pantas sensitif filem dengan cahaya.


Contoh: Jika menggunakan ISO 100 anda menggunakan sepuluh mentol, tetapi jika anda menggunakan ISO 200 hanya lima mentol sahaja diperlukan. Jika perbandingan untuk Aperture, ialah: menggunakan ISO 100 f8 tetapi jika anda menggunakan ISO 200 f11 sahaja. Mutu gambar akan dipengaruhi oleh perbezaan ISO. Gambar yang menggunakan filem ISO 100 lebih lembut kesan grainnya sedang ISO 200 kesan kontrasnya akan ketara.

ISO pada sebuah kamera digital terletak pada pengawalan kamera. Justeru penggunaan ISO boleh dilaras setiap masa untuk penggunaan memori kad yang sama.


Tarikh Luput (Expired Date):


Pastikan tarikh luput yang terdapat di kotak filem agar tidak melepasi tarikh yang telah ditetapkan.
Keselamatan Filem:

1. Jangan letak berhampiran air, panas.
2. Jangan bersepah, kerana akan ditarik keluar oleh kanak-kanak terutamanya.
3. Tandakan pemilik, tarikh, tempat dimana gambar dirakamkan.
4. Jika membeli jumlah yang banyak, simpan di dalam peti sejuk.
5. Proses segera.


Jenama Filem:


Jenama filem ialah: Agfa, Fuji, Konica, Kodak, Mitshubishi, Neopon
Jika pada hujung nama filem terdapat perkataan Chrome ia adalah pengenalan untuk jenis slaid.

Membuat pilihan filem:Kebanyakan penggemar senifoto memilih filem berkuasa tinggi (ISO). Tapi kenapa anda tidak memikirkan untuk menggunakan filem yang ISO rendah dan sederhana. Seperti yang diterangkan, filem bermula dari yang paling rendah hingga yang tinggi. Contoh: ISO 25 hingga ISO 1000. Namun di Malaysia, sudah ada percubaan pengeluar dan pembekal filem untuk mempromosi filem berkuasa tinggi. Menurut mereka, filem ini boleh memberi kesan ceria (terang). Namun untuk kamera astamatik memang betul kerana filem ISO rendah sering memberi kesan underexpose.

Tapi tahukah anda filem berkuasa rendah dan sederhana amat perlu untuk kerja-kerja senifoto professional. Di bawah ini disenaraikan keperluan untuk filem-filem ISO rendah, sederhana dan tinggi.

Nota: Menjadi satu kelaziman di negara kita jika menyebut filem sering menggunakan panggilan Kodak. Panggilan itu tidak tepat kerana panggilan sebenar ialah filem. Kerana, Kodak merupakan jenama untuk filem. Sejarah sebutan kodak kerana Kodak adalah filem pertama diperkenalkan.