Nota

Penggunaan Lens
Untuk Merakam Gambar

Penggunaan Lens dapat membantu menghasilkan gambar yang bermutu dan menarik. Oleh itu di sini penulis akan menerangkan bagaimana menggunakan lens Super Wide Angle, Wide Angle, Telefoto dan Mikro

Mikro lens

Lens ini ada yang sudut lensnya 50mm, 60mm dan 200mm. Ia menggunakan sudut yang sama dengan Standard lens. %0mm dan 60mm untuk merakam gambar dari dekat. Lens 200mm untuk merakam dari jarak jauh. Sila rujuk topik fotografi Mikro 1 dan Mikro 2

Super Wide Angle:

Gambar-gambar yang boleh dirakam menggunakan lens jenis ini lebih kepada Teknik dan Subjek yang besar di kawasan yang sempit. Harus diingat penggunaan lens jenis ini akan mengubah bentuk asal subjek.

Lens 8mm,16mm,20mm antara sudut lens Super Wide atau Fishayes.

Wide Angle:

Lens yang mempunyai Focal Length 28mm,40mm antara lens Wide Angle. Penggunaannya untuk merakam gambar landskap, gambar kumpulan manusia yang ramai. Bagi merakam gambar manusia ada masanya tidak sesuai untuk potret kerana ia akan memberi imej yang mengembangkan muka manusia.

Standard Lens:

Standard Lens ini adalah lens yang difinisinya menyamai mata manusia dari sudut luasnya. Ia tidak terlalu luas dan tidak terlalu sempit. Lens 50mm, 55mm antara lens standard

Telefoto:

Telefoto lens membantu merakam gambar dari jauh. Malah ia sesuai untuk merakam haiwan liar, haiwan berbisa. Bagi merakam gambar potret juga sesuai tetapi tidak boleh menggunakan lens tele yang terlalu jauh Focal Lenghtnya.

Untuk merakam aksi sukan antara lens yang sesuai ialah 200mm, 300mm,500mm

Manakala untuk merakam gambar potret manusia lebih sesuai antara 80mm ke 100mm.

Bagi memahami Focal Length ialah kedudukan kanta pada bahagian belakang dengan imej sensor atau filem. Jika 16mm itu tandanya kanta belakang berukuran 16mm dengan imej sensor. Manakala jika 200mm bermakna jarak kanta belakang ialah 200mm dengan imej sensor