Nota

Memahami M.S.A.P

Apa itu MASP?

MASP ialah mood kawalan exposer yang terdapat pada semua jenis kamera SLR. Malahan terdapat pada kamera kompak yang berharga mahal.

MASP memudahkan kerja-kerja merakam gambar. Ia akan berfungsi secara automatik ketika kerja-kerja rakaman dilakukan.

M : Ialah Manual Priority. Ia akan berfungsi secara manual. Jika pelarasannya tidak betul dengan bacaan exposer meter maka gambar akan Over Expose atau Under Expose.

Menggunakan M pengguna harus faham bacaan exposer meternya. Fungsi ini  sesuai digunakan untuk menghasilkan gambar-gambar yang lebih berseni. Ketika menggunakan lampu studio fungsi M adalah lebih sesuai dengan cahaya tersebut.

Pastikan pergerakkan Aperture dan Shutter Speed diubah suai  menjadi normal dengan titik-titik digital exposer meter berada di tengah-tengah.  

Namun, pengguna boleh juga melebihkan atau menggurangkan cahaya menggikut kehendak gambar. Penggunaan M amat sesuai ketika merakam gambar pada cahaya yang berbeza atau pada tone cahaya/warna yang berlapis.


A: Fungsi Aperture Priority: Memberi  kemudahan kepada pengguna kamera SLR menetapkan apakah Aperture yang hendak dilaraskan pada lens. Kalau inginkan gambar yang tajam maka penggunaan Aperture f16 atau lebih kecil. Maka ketika ini kamera akan menyelaras Shutter Speed secara auto. Dalam hal ini pengguna perlu menyedikan Tripod jika Shutter Speed menjadi perlahan.

Gambar atas: Lihat perbezaan Aperture sedangkan kawasan fokus ialah subjek paling kiri | Gambar bawah: Melaka

Penggunaan Aperture Priority lebih kepada merakam gambar-gambar permandangan dan sebagainya untuk menghasilkan DOF yang tajam.

Laraskan Aperture anda pada f22 dan lihat apakah Shutter Speed yang tertera di screen kamera.

Ada kamera menggunakan AV untuk fungsi A.

 S: Shutter Speed Priority: Merakam gambar bergerak sudah pastinya menggunakan Shutter Speed. Justeru itu menggunakan fungsi S atau Shutter Speed Priority pengguna boleh meletakkan Shutter Speed apa yang paling sesuai. Pada ketika ini kamera hanya menyelaraskan secara auto Aperture dan Shutter Speed pengguna kena selaraskan. Katakan pengguna ingin menggunakan 1/500. Maka pengguna hanya shoot gambar tanpa perlu memikirkan Aperture apa yang digunakan. Namun ia bergantung pada cahaya ketika itu dan ISO peringkat mana yang digunakan

Sila laraskan Shutter Speed anda pada 1/500 dan ISO 400, maka lihat berapakah Aperture yang tertera pada kamera anda.

Ada kamera yang menggunakan TV bagi fungsi S.

Masjid Nabawi, Madinah. Mood Program

P: Adalah fungsi Program Priority pada sesebuah kamera SLR. P bertindak memberikan exposer yang automatic. Ia lebih sesuai untuk kerja-kerja yang memerlukan kepantasan merakam gambar. Pada ketika ini pengguna tidak perlu memikirkan teknik lagi. Hanya set pada P maka kamera akan menyelaras segala Aperture dan Shutter Speed. Fungsi ini hampir serupa dengan menggunakan kamera kompak.

 Amali:

M: Rakam gambar-gambar seperti potret, bunga untuk mencapai kepuasan fotografi anda.
A: Pemandangan boleh dicantikkan dengan teknik ini.
S: Rakam gambar-gambar pergerakkan seperti di kejohanan sukan atau sebagainya.
P: Rakam gambar-gambar tanpa perlu memikirkan teknik-teknik yang berat-berat. Biasanya rakam gambar-gambar di majlis-majlis.

Khidmat nasihat percuma boleh dihantar ke kumpulan FaceBook ini dengan memohon menjadi rakan saya.