Nota

Flash ( Lampu Limpah )

Sejarah flash bermula dengan bulb flash. Ketika itu bulb flash memberi cahaya dengan cahaya yang keluar hasil mentol yang terbakar selepas digunakan. Untuk satu bulb flash hanya boleh digunakan sebanyak empat kali saja. Flash bulb juga boleh didapati dalam bentuk seperti payung. Mentolnya akan terbakar setiap kali merakam foto.


Kemudian wujud flash yang lebih sempurna dangan binaan mentol yang tidak terbakar setiap kali digunakan. Cuma harus diingat tempoh hayatnya boleh lupus umpamanya ia akan tidak berfungsi selepas 15 ribu kali simbahan atau lebih dari itu. Flash ini datang dengan fungsi manual. Cahaya yang terhasil oleh flash manual adalah sama walaupun jarak objek berbeza.


Dengan wujud pula flash yang bercirikan automatik flash boleh berfungsi secara menyimbah cahaya mengikut keperluan jarak objek. Jika objek dekat cahaya minimum dikeluarkan. Objek yang jauh cahaya akan menyimbah maksimum.


Era digital menghasilkan flash yang lebih baik bila mana pengiraan aperture lebih tepat. Flash ini lebih bersesuian dengan kamera program. Contoh, SB27 untuk kamera Nikon F5 dan seumpamanya.
Flash satu alat tambahan yang perlu sentiasa dibawa oleh pengamal senifoto. Anda akan menghadapi masalah jika tidak membawa flash ke lokasi yang kurang cahaya. Kecuali anda yang mahir menggunakan ISO filem yang tinggi dan memproses cara push-up. Namun mutunya kurang baik.


Anda boleh menggunakan teknik low shutter speed. Tapi teknik ini menjadi masalah jika terdapat objek yang bergerak. Justeru, flash amat penting dibawa setiap masa. Banyak teknik boleh dipraktik ketika menggunakan flash.